Bahan-bahan ( 4 orang )
8 ketul kepak ayam
*Bahan A *
1/2 cawan yogurt
1/2 jus oren
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas
* Bahan B *
tepung gandum secukupnya
2 biji oren
Italian parsley secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang
- Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.
- Buang air. Salut ayam dengan tepung.
- Masukkan tepung dalam beg plastik.
- Masukkan ayam.
- Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.
- Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
- Hiaslah dengan parsley dan oren
No comments:
Post a Comment