Friday, July 10, 2009

Tomyam Ikan


Bahan-bahan

  • ikan kerapu/ikan merah-yg segar ye,amik isinya je dan potong2 dlm 2-3 inci

  • lengkuas-hiris nipis-nipis*

  • serai-belah 4 atau ketuk*

  • tomyam paste-ana gna yg dlm botol tu*

  • daun limau purut*

  • tomato n sayur-ikut selera nk buh syur apa

  • jus lemon@asam limau

  • garam,gula,pak aji(jika suka)

Cara-cara



  • satukan semua bahan2 yg bertanda * dlm periuk bersama dgn air dan msak smpai mendidih,kmudian msukkan isi ikan dan sayur,perasakan ikut selera.

  • Siap utk dihidang.(jgn msak terlalu lama krna isi ikan ni skejap je dah msk,klu msk lama nti isi ikan akan relai/hancur. Selamat Mencubaaa..

Ikan siakap goreng cili api


Bahan-bahan



  • 4 biji bawang merah

  • 2 biji bawang putih

  • 1 biji cili merah

  • 2 biji cili api

  • serbuk kunyit dan garam

Cara-cara



  • ikan dilumur dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian di goreng dan diasingkan tepi.

  • bawang merah, bawang putih, cili api dan cili merah diblend sehingga lumat.

  • tumis bahan yang diblend dengan sedikit minyak selama 3 minit, kemudian letakkan garam secukup rasa dan diikuti dengan ikan siakap yang sudah di goreng tadi. bolehlah dihidangkan untnk makan tengahari.

Ikan Masak Kicap


Bahan-bahan ( 2~3 orang makan )



  • *Sedikit tepung jagung (cukup untuk menyaluti kentang dan ikan)

  • *Garam secukup rasa

  • 1 biji kentang (dikupas dan di potong baji)

  • 2~3 Keping isi ikan tongkol (Boleh diganti ngan ikan lain-ikut selera)

  • 3 ulas bawang merah (di tumbuk)

  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)

  • 1/4 buku kiub ikan

  • 1/4 cawan kicap manis

  • 1 sk lada sulah

  • 1 labu bawang di potong bulat ( Optional-hiasan)

Cara-cara



  • Kentang dan isi ikan digaul ngan sedikit garam dan disalut ngan tepung jagung.

  • Goreng kentang sehingga masak diikuti ngan ikan.Ketepikan.

  • Tumis bawang merah dan putih hingga layu.Masukkan isi ikan tadi.Kacau rata.

  • Masukkan kicap dan kiub pati ikan.Perasakan ngan lada sulah.Kacau sebati.

  • Masukkan hirisan bawang dan kacau seketika.Tutup api.Sedia dihidang.

Sambal udang petai


Bahan-bahan ( untuk 6 orang makan sahaja )


  • 3 papan petai

  • 300 gr udang

  • 5 bh bawang merah

  • 2 helai daun salam (pilihan)

  • 2 cm lengkuas

  • 1 btg serai

  • 1 sdm gula pasir

  • 1 sd teh garam

  • 50 ml air

  • 2 sdm minyak

  • kisar halus:10 tangkai cili kering(bijinya dibuang), 2 ulas bawang putih, 2 cm kunyit, 2cm halia, 2 biji buah keras, 1 cm belacan

Cara-cara



  • Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga layu, masukkan bahan kisar, daun salam, lengkuas dan serai, kacau rata.

  • Masukkan udang, petai, gula pasir, garam dan air masak hingga meresap dan mendidih, angkat.

  • Sedia untuk dihidangkan.

Ikan Percik Mudah



Bahan-bahan ( Sekeluarga )


  • 5 ekor ikan kembong

  • 4 cawan santan ( dari 1 biji kelapa )

  • 5 ulas bawang merah (Kecil )

  • 3 ulas bawang putih

  • 5 biji lada kering ( nak pedas bolih tambah lagi )

  • 3 keping asam keping

  • 3 batang serai

  • 1 " halia

  • 1 " kunyit hidup

  • 2 sudu kecil garam

  • 1 1/2 sudu makan gula dan sedikit ajinomoto ( Kalau suka )

Cara-cara



  • Ikan yang telah dibersihkan di gaul dengan bahan perap sebentar kemudian dipanggan

  • Bila dah masak ketepikan.

  • Lada kering, halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup di tumbuk sehingga lumat.

  • Bolih juga diblend tapi mama suka ditumbuk sebab nampak kepingan lada kering tu.. Serai dititik.

  • Satukan bahan2 tersebut bersama santan, garam, asam keping, aji dan gula kedalam kuali.

  • Masak sehingga agak pekat..rasa dulu..kalau kurang garam bolih ditambah lagi..

  • Masukkan ikan yang telah dipanggang tadi. Balik-balikkan ikan tersebut biar bersalut dengan santan tadi..Biarkan sebentar..

  • Tutup api dan siap untuk dihidangkan..

Ikan Masak Ala Jawa


Bahan-bahan


  • 4 ketul ikan - digoreng

  • 10 biji cili padi

  • 5 ulas bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • 1 inci kunyit hidup

  • 3 batang serai - diketuk

  • 1 cawan santan

  • 1 keping asam keping

  • Garam secukup rasa

Cara-cara



  • Kisar semua bahan tersebut cili padi, bawang merah, bawang putih & kunyit

  • Panaskan minyak untuk menumis

  • Setelah minyak panas masukkan serai yg sudah diketuk biar 5 - 10 saat

  • Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam kuali biar hingga naik bau @ kekuningan

  • Masukkan santan, garam secukup rasa & asam keping

  • Biar 20 - 30 minit kemudian masukkan ikan yang sudah digoreng

  • Sedia untuk dihidang - SELAMAT MENCUBA

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh


Bahan-Bahan
  • 1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah) di salai/di panggang.

  • 1 biji kelapa atau santan segar

  • 50 ulas cili padi

  • 10 ulas belimbing buluh

  • 5 ulas bawang merah

  • 2 biji bawang besar

  • 3 ulas bawang putih

  • 1 inci kunyit

  • 1 keping asam gelugur

  • 2 helai daun kunyit (dimayang halus)

  • Garam secukup rasa

Cara Masakan



  • Kisar cili padi, bawang dan kunyit dengan air yang minima. Boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu.

  • Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.

  • Masukkan sebahagian santan dan kacau rata.
    Masukkan ikan keli yang sudah dipanggang beserta belimbing buluh.

  • Kemudian masukkan baki santan dan kacau.

  • Masukkan daun kunyit dan asam gelugur.

  • Masukkan garam.

  • Tutupkan api setelah mendidih dengan sempurna.

  • Bolehlah dihidang dengan nasi panas.

Ikan Bakar Portugis


Bahan
  • 1 ekor ikan siakap (aku guna ikan mackerel)

  • 3 sudu besar cili kering kisar

  • 2 buah keras-kisar

  • 6 biji bawang merahkisar

  • 2 ulas bawang putih-kisar

  • 1 serai-kisarsedikit lengkuas-kisar

  • 3 daun limau purut-hiris

  • 3 sudu makan minyak bawang putih(cara2 kat bawah)

  • 1 sudu penuh garam1 sudu penuh gulafoil untuk minyak bawang putih-ambil

  • 6 ulas bawang putih, tumbuk ngan kulit2nya buang panaskan

  • 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing.

Cara-cara



  • ikan dibersihkan,

  • kelar2

  • campurkan semua bahan kisar bersama garam dan gula.

  • letak ikan atas foil, gaul ngan campuran bahan kisar tadi.

  • tuang minyak bawang putih n tabur daun limau.

  • tutup foil n bakar hingga masak.

Kari Kepala Ikan


Bahan-bahan

  • 1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]

  • 5 ulas bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • 1 inci halia

  • 1 sudu besar halba campur

  • 2 bungkus serbuk kari [bancuh dengan sedikit air]

  • 5 biji bendi 3 biji cili hijau 2 biji tomato [belah 2]

  • 2 tangkai daun kari

  • 1 cawan air asam jawa

  • 1 cawan santan pekat minyak garam

Cara:

  • Panaskan minyak

  • Tumis bawang merah dan bawang putih dan halia yang dimayangkan sertakan daun kari, halba campur sehingga wangi.

  • Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh masak sehingga pecah minyak dan masukkan cili hijau yang dibelah tengah.

  • Asam jawa tadi digaul dengan pati santan dan tapiskan apabila ingin memasukkanya kedalam rempah yg telah pecah minyak tadi.

  • Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.

  • Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.

  • Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.

  • Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai.

Pari Bakar


Bahan Sambal

  • 10 biji cili merah segar-kisar

  • 3 sudu besar cili kering kisar

  • 2 biji bawang besar

  • 6 biji b.putih

  • sedikit kicap manis

  • belacan

  • daun limau purut di hiris.

  • garam/gula merah

  • sedikit minyak untuk menumis

  • limau kasturi

    Cara-cara

  • Gaul ikan pari dgn kunyit+garam.

  • Bakar atas api beralaskan daun pisang.

  • Sapu sambal tumis atas ikan pari.

Ikan Pais


Bahan-bahannya:
  • daun kunyit yang besar/daun pisang (layukan atas api)
  • ikan kembung
  • 3 sudu lada boh
  • 4 biji bawang kecil (ditumbuk)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • asam jawa
  • garam
  • stapler/lidi


Cara-caranya:


1) gaul semua bahan masakan dan perap ikan.


2) bungkus ikan dengan daun


3) bakar api kecil


4) agak2 dah layu (dalam 15 min), terbalikkan bungkusan.


5) 10 min kemudian, bolehlah diangkat.

Thursday, July 2, 2009

Ayam masak palembang



Bahan-bahan ( 1 family )


4 senduk nasi bawang besar (kisar)
2 senduk nasi bawang putih (kisar)
2 senduk nasi cili kering (kisar)
1 inci halia (kisar)
1/2 kilo santan
5 batang serai (dititik)
6 tangkai daun kari
kicap (kalo boleh kicap manis)
1 ekor ayam


Cara-cara



  • Perap ayam dengan halia yang dikisar dan bawang bawang putih
    tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili.

  • Biarkan garing dan naik bau
    masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sekejap.

  • Masukkan santan, kicap, serai dan daun kari (kicap dibubuh sesedap rasa masin dan manis dan berwarna hitam pekat).

  • Masak sampai empuk dan angkat

Ayam Harum Thai



Bahan-bahan ( 6 orang )
Bahan A

semua bahan A dihiris nipis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan B

campurkan semua bahan B jadikan sos


2 sudu besar - sos cili
1 sudu besar - sos tomato
2 sudu besar - pes tomyam
2 sudu besar - kicap cair
2 sudu besar - kicap manis
1 biji air perahan limau nipis
daun sup (dihiris nipis)
Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)


Cara-cara



  • Panaskan minyak didalam kuali tumiskan Bahan A hingga wangi

  • Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan

  • Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut

  • Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2...

  • Akhir sekali masukkan lada bengala/capsicum...

  • Selamat mencuba.. sekali cuba pasti nak lagi.. hehehe

Ayam Masak Kicap



Bahan-bahan ( 1-2 orang )


1 bahagian paha ayam
garam kunyit secukupnya
minyak untuk menggoreng
1/2 biji bawang besar -hiris nipis
2 ulas bawang puting- mayang
1cm halia- cincang halus
kicap pekat manis secukupnya
2-3 biji cili padi- potong dua
1-2 batang cili hijau


Cara-cara


  • Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan

  • Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan

  • Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi.

  • Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.

  • Kemudian masukkan kicap dan ayam.

  • Goreng sampai ayam masak.

  • Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam.

  • Goreng sekejap dan padamkan api.

  • Siap untuk dimakan.

Nugget Masam Manis



Bahan-bahan ( 4 orang )


20 keping nugget
5 sudu makan cili sos
1 biji telor ayam
2 sudu teh gula
sedikit garam
minyak untuk mengoreng


Cara-cara



  • Nugget dipotong kepada dua.

  • Panaskan minyak dan goreng sekejap jangan sampai garing.

  • Goreng kesemua dan ketepikan sebentar untuk nugget sejuk.

  • Pukul telur, panaskan minyak semula dengan api yang sederhana.

  • Celup Nugget kedalam telur dan goreng sekali lagi.

  • Ketepikan.

  • Keluarkan sedikit minyak tadi kemudian masukkan cili sos, gula dan garam.

  • Goreng seketika kemudian masukkan Nugget tadi.

  • Balik-balikkan dan angkat.

  • Boleh dimakan begitu saja atau bersama salad.

Ayam grill madu



Bahan-bahan ( 4 orang )


500g ayam
1 kiub ayam
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu


( TUMBUK )
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu kecil lada hitam


Cara-cara


  • Bersih ayam.

  • Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.

  • Perap 30 minit atau lebih.

  • Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar

Ayam oren goreng


Bahan-bahan ( 4 orang )


8 ketul kepak ayam

*Bahan A *

1/2 cawan yogurt
1/2 jus oren
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas

* Bahan B *

tepung gandum secukupnya
2 biji oren
Italian parsley secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara-cara



  • Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang

  • Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.

  • Buang air. Salut ayam dengan tepung.

  • Masukkan tepung dalam beg plastik.

  • Masukkan ayam.

  • Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.

  • Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.

  • Hiaslah dengan parsley dan oren

Ayam masak merah



Bahan-bahan ( 3 orang )


1/2 ekor ayam
garam kunyit
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan kicap
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
1cm halia
3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas


Cara-cara



  • Bersih ayam dan potong kecik-kecik.

  • Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.

  • Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.

  • Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi.

  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.

  • Masukkan cili giling.

  • Tumis sehingga pecah minyak.

  • Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam.

  • Masak sehingga kuah pekat.

Ayam percik



Bahan-bahan ( 4 orang )


1 sekor ayam yang dipotong 4
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit air asam jawa@asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara



  • Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...

  • pastu peraplah dlm 1/2 jam.

  • masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.

  • angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
    bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
    hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Paprik



Bahan-bahan ( 4 )


½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis,
kacang buncis/panjang,

karot dan jagung muda
sedikit sos tomato,

sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa


Cara-cara



  • Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).

  • Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.

  • Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.

  • Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Tauhu ayam



Bahan-bahan ( 4 orang )


1 keping dada ayam
280g tauhu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada
3 tangkai daun sup
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit gula


Cara-cara

  • Cincang isi ayam

  • Lecek tauhu dengan garfu

  • Potong halus daun sup

  • Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup

  • Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok

Ayam Masak Ungkep (Jawa Style)

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

1 ekor ayam (dipotong 12, lebih elok sekiranya ayam tua@ayam kampung)

Bahan-bahan A (untuk dikisar)

2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi (kalau nak lagi pedas tambahkan lagi cili padi)

Bahan tumis

Halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara
  • Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar. Tumis sehingga naik minyak.
  • Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
  • Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur.
  • Tu sebab lebih elok guna ayam tua @ ayam kampung.
    Biarkan sehingga kuah pekat (ala-ala rendang gitu). Kemudian bolehlah dihidangkan.
  • Selamat mencuba!!